Wednesday, October 14, 2009

KNow MyseLf


Salam perkenalan,

Buat pertama kalinya saya mempunyai blog tersendiri (tidak termasuk friendster), serba sedikit saya ceritakan mengenai diriku. Nama diberi Nur Azah Abdul AZiz, mempunyai seorang ibu yang pengasih dan terlalu mengambil berat pada 4 orang anak-anaknya yang degil-degil sokmo. bercerita mengenai emak, namanya Puan Zaiton Mohd Salleh, anak kelahiran pontian dan katanya dari keturunan laksamana Bentan. Mak berkahwin agak lanjut atas sebab kesusahan keluarga, akhirnya semasa berumur 35 tahun bertemu jodoh dengan Abdul Aziz berasal dari Alor Star,Kedah.
Nasib tidak menyebelahi mak, bila arwah abah pergi meninggalkan kami semua ketika umurnya 50 tahun, pada ketika itu saya berumur 11tahun dan masih belum mengenali dunia. Akak saya, Nur Aishah pada ketika itu berumur 13 tahun, adek lelaki Nubhan berumur 9 tahun manakala Afifah baru berumur 4 tahun. pada ketika itulah saat paling sukar untuk kami semua terutamanya ibu yang terpaksa berhempas pulas mencari sesuap rezeki untuk kami semua dan meluangkan masa bersama anak-anaknye.
Itulah serba sedikit mengenai zaman kecilku, kesusahan mengajar erti menghargai atas segala yang diperolehi, pengalaman yang amat bermakna sejak itu. Dari situlah saya belajar segalanya tanpa didikan and tumpuan sepenuhnya orang tua, Alhamdulillah kami semua berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Saya sudah bekerja di Telekom Malaysia Melaka, KAk Aishah pula di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Nubhan sudah tahun akhir di UMP, manakala dek Pipah masih belajar untuk menjadi jururawat bertauliah. Mak Sekarang dah bersara dan hidup kami semua semakin stabil, walaupun tak berjaya menepati kehendak semua, setakat ini kami semua bersyukur.
Keluarga la penguat hidupku, tanpa mereka saya akan jatuh, Saya sayang keluarga saya.
itu saja yang terluah dek tanganku yang menaip, Semoga ada ruang dan waktu untuk saya meng'update' blog ini. Sekian, wsalam.

TQ,
AzahAziz

No comments:

Post a Comment